SELAMATKAN SUDAN YANG SERING DIABAIKAN

Dianjurkan oleh:
GLOBAL RELIEF TEAM
Dimulakan pada:
21 Nov, 2025
SELAMATKAN SUDAN YANG SERING DIABAIKAN
4.85%
RM485
/RM10,000
39
penyumbang
195
baki hari

Tentang Kempen

Sudan kini darurat. Lebih 30 juta perlukan bantuan. GRT Malaysia menghantar 12 doktor untuk rawatan & makanan kecemasan. Sumbangan anda hari ini boleh selamatkan nyawa.

“Anak-anak kami bangun dalam keadaan lapar, sekolah ditutup, rumah musnah. Kami lari dari kampung tanpa membawa apa-apa. Tolonglah beri kami peluang untuk hidup.”

- Seorang ibu yang hilang tempat tinggal, Wilayah Darfur

Krisis Kemanusiaan Terburuk di Dunia Sedang Berlaku di Sudan

Sudan kini menghadapi antara bencana kemanusiaan paling dahsyat dalam sejarah moden. Konflik bersenjata yang tercetus sejak 15 April 2023 antara Tentera Sudan (SAF) dan Rapid Support Forces (RSF) telah meruntuhkan keseluruhan sistem sosial, ekonomi dan kesihatan negara itu.

Kemusnahan ini berlaku di seluruh wilayah termasuk Khartoum, Darfur, Kordofan dan Blue Nile menyebabkan hospital ditutup, sekolah musnah, bekalan makanan terputus, dan berjuta-juta keluarga terpaksa melarikan diri demi menyelamatkan nyawa.

Lebih 30 juta penduduk iaitu hampir dua pertiga daripada keseluruhan populasi memerlukan bantuan kemanusiaan segera. 10.5 juta orang kini menjadi pelarian dalam negara (IDPs), termasuk 2.5 juta wanita dan remaja perempuan yang berisiko tinggi terhadap eksploitasi dan keganasan.

Sistem kesihatan Sudan hampir runtuh kerana ramai pesakit mati bukan kerana konflik, tetapi kerana tiada rawatan asas. 24 juta penduduk menghadapi kebuluran teruk (“acute food insecurity”), manakala beberapa kawasan sudah memasuki fasa kemungkinan kebuluran besar-besaran (famine).

Bantuan kemanusiaan sering terhalang atau terputus akibat keadaan keselamatan yang tidak menentu dan kekurangan dana antarabangsa. Ini bukan sekadar angka. Ini adalah keluarga, anak-anak, ibu ayah, dan warga emas yang tidak lagi mempunyai tempat untuk pulang.

Melihat keadaan yang semakin meruncing, 𝐆𝐑𝐓 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 mengambil langkah segera untuk menyertai usaha antarabangsa membantu rakyat Sudan. Pada 7 November, seramai 12 orang doktor akan berangkat untuk:

1. Bantuan Perubatan Kecemasan

2. Bantuan Makanan & Nutrisi

3.  Bantuan Kemanusiaan Lain

Misi ini dilaksanakan bersama rangkaian GRT antarabangsa bagi memastikan bantuan sampai ke kawasan paling terjejas — walaupun mengharungi cabaran keselamatan dan logistik. Melalui kempen ini, anda boleh membantu 𝐆𝐑𝐓 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 menyampaikan harapan, rawatan dan makanan kepada mereka yang sedang melalui hari-hari paling gelap dalam hidup mereka.

Jom #BuatBaik!

Laporan Kempen

24 Nov 2025

Agihan Bantuan Roti Panas kepada keluarga di Kem Pelarian An-Nafsa, Sudan.

Agihan Bantuan Selimut Tebal Bagi Pelarian yang tidur Kesejukan di dalam Khemah

Rawatan Kecemasan Oleh Doctors of Rahman

Rujukan Terkini

Tiada Rujukan Terkini

Belum ada yang merujuk kempen ini

!
Anda merasa kempen mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Senarai Penyumbang

SHARATULAIN NORWAWI
Menyumbang sebanyak RM25.00
Apr 04, 2026
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Mar 26, 2026
MUSTAPHA ZAINUL
Menyumbang sebanyak RM10.00
Mar 16, 2026
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Mar 10, 2026
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Feb 27, 2026

Kongsi kempen

Whatsapp
Telegram
Lain-lain

Kempen yang mungkin anda berminat

SEBAR DAGING, SEBAR GIZI UNTUK SESAMA
BANTUAN PAKEJ PENJAGAAN KEBERSIHAN DIRI KEPADA PELAJAR TERPENCIL
PROGRAM BERKHATAN PERCUMA UNTUK PELAJAR TAHFIDZ MISKIN DAN ASNAF
DANA KECEMASAN BUAT USTAZ FADHIL NOOR