SEDEKAH JARIAH MAKANAN BERPROTEIN KEPADA PELAJAR TAHFIZ

Dimulakan pada:
26 Sep, 2023
SEDEKAH JARIAH MAKANAN BERPROTEIN KEPADA PELAJAR TAHFIZ
8.17%
RM245
/RM3,000
12
penyumbang
-
baki hari

Tentang Kempen

MARILAH BANTU KONGSI MAKANAN BERKHASIAT SEPERTI TELUR SEGAR BAGI MENGHILANGKAN LAPAR PARA PELAJAR TAHFIZ ASNAF DAN JUGA ANAK YATIM MISKIN. AYUH KITA BANTU!

Maahad Tahfiz Al-Quran Nurul Hidayah ingin memohon sumbangan daripada muslimin dan muslimat untuk menyenangkan perbelanjaan maahad dengan membantu infaq untuk bekalan telur kepada 70 orang pelajar mahaad tahfiz ini. Majoriti para pelajar di sini adalah dari kalangan asnaf dan juga anak-anak yatim miskin. Telur merupakan makanan yang mudah didapati dan para pelajar lebih kerap menikmati hidangan telur dalam setiap bulan kerana harganya yang murah berbanding ikan, ayam, daging dan lain-lain.

Telur mengandungi kandungan protein yang tinggi, malah mengandungi banyak jenis vitamin yan penting untuk badan seperti kalsium, vitamin B9, A, D, E, B1, B3, B6, B9, B12 dan banyak lagi. Telur kuning juga mengandungi mineral dan vitamin. Vitamin B2 dalam telur dikenali sebagai riboflavin amat penting untuk membantu badan menukar makanan menjadi tenaga.

Sedekah adalah salah satu amalan ibadah Nabi SAW yang mendatangkan banyak pahala. Memberi makan kepada orang yang dimuliakan Allah terutama memberi makanan berkhasiat kepada pelajar Tahfiz yang menuntut ilmu Al-Quran, sudah tentu lebih mulia dan besar pahala yang Allah berikan kepada orang yang bersedekah makanan. Selain pahalanya besar, sedekah juga dapat menambah harta dan keberkatan.

“Ya Rasulullah perbuatan apa yang terbaik di dalam Islam?” Nabi SAW menjawab, “Kamu memberi makan kepada orang lain.” (HR. Bukhari dan Muslim)

Sehubungan itu, anak-anak tahfiz di sini sangat memerlukan bekalan makanan yang memberi tenaga mencukupi untuk memberikan nutrisi kepada badan mereka agar tubuh badan mereka sihat dan cergas untuk belajar Al-Quran, menuntut ilmu agama dan beribadah. Telur adalah keperluan asas bagi semua manusia termasuklah kita sendiri.

Bermula dengan RM10, pihak maahad menyeru marilah bersama-sama dalam berbuat kebaikan dan meraih rahmat Allah. Sumbangan ini akan memberikan semangat dan harapan kepada mereka untuk meraih masa depan yang cerah. Pihak maahad mengucapkan jazakamullahu khairan jaza atas sumbangan para dermawan sekalian. Semoga Allah sentiasa memudahkan kita untuk sentiasa melazimi amalan sedekah dan Allah mengumpulkan semua yang ikhlas bersedekah di syurgaNya.

“Barangsiapa gemar memberi makan orang lain, disediakan baginya pintu khusus di surga yang tiada orang lain memasukinya selain dirinya dan semisal dengannya”

(HR Tabrani).

Jom #BuatBaik!

Laporan Kempen

Tiada perkembangan

Rujukan Terkini

Tiada Rujukan Terkini

Belum ada yang merujuk kempen ini

!
Anda merasa kempen mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Senarai Penyumbang

NAJIHAH ZAINAL
Menyumbang sebanyak RM10.00
Oct 05, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Oct 03, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Oct 03, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM20.00
Oct 03, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM75.00
Sep 30, 2023

Kongsi kempen

Whatsapp
Telegram
Lain-lain

Kempen yang mungkin anda berminat

BANTU MANGSA BENCANA BANJIR DI TIGA WILAYAH
BANTUAN SEGERA UNTUK GAZA
PEMBINAAN MADRASAH UNTUK PELAJAR HAFAZAN AL-QURAN
PONDOK ROSAK AKIBAT BANJIR HULURKAN ALMARI DAN AL QURAN
SUMBANGAN BAIK PULIH SEKOLAH
Kempen Sumbangan Tamat