SEDEKAH BERAS KURANGKAN BEBAN

Dimulakan pada:
01 Oct, 2023
SEDEKAH BERAS KURANGKAN BEBAN
3.95%
RM395
/RM10,000
5
penyumbang
-
baki hari

Tentang Kempen

Harga semua barang naik dan baru-baru ini beras pula naik harga. Muallaf miskin, asnaf dan anak-anak yatim antara yang terbeban. Ayuh, jika ada rezeki lebih, sedekahkan 5kg beras hari ini.

Ramai asnaf, khususnya muallaf dan miskin mengadu kepada kami berkenaan harga beras yang naik mendadak. Ramai dari mereka tidak tahu sebenarnya yang naik ialah beras import dan ia naik bukan sedikit, tetapi amat ketara. Pada masa yang sama, malangnya beras tempatan yang dikatakan belum naik harga itu tidak pula dapat dibeli di kebanyakan pasaraya dan kedai. Hasil tinjauan kami, ada pasaraya hanya menjual beras import sahaja.

Malah, kami juga dapati gula pada harga biasa juga sudah tiada di pasaraya yang sama. Tetapi gula premium sahaja yang masih ada. Disebabkan harganya yang mahal, tiada siapa yang sanggup membeli. Lihat gambar di ambil pada 30 September 2023.

Ketika beras masih pada harga RM13 hingga RM15 untuk 5kg pun ramai muallaf dan asnaf meminta bantuan PERKIM. Kini dengan harga melambung antara RM19 hingga RM21, malah ada ura-ura kata akan naik lagi, ramai lagi muallaf dan asnaf terbeban dan buntu. Sehingga kerajaan mencari jalan untuk menyelesaikan 'kehilangan' beras tempatan di kedai-kedai, kita perlu lakukan sesuatu untuk memastikan jiran kita tidak kelaparan.

Sabda Nabi SAW:

"Bukanlah orang mukmin (yang sempurna Imannya) yang berada dalam keadaan kenyang, sedangkan (dia tahu) jirannya dalam keadaan lapar" (Riwayat Al-Bukhari dalam "Al-Adab Al-Mufrad" dan Al-Baihaqi)

Oleh itu, PERKIM amat merayu kepada muslimin dan muslimat yang dermawan, jika anda ada rezeki lebih, atau anda ingin membayar fidyah atau kaffarah, maka kami mohon pertolongan anda untuk kami membantu 300 keluarga dengan 5kg beras satu keluarga atau 150 keluarga dengan 10kg beras satu keluarga.

Penerima adalah muallaf miskin, yang perlu sentiasa disantuni kerana mereka boleh tergugat iman apabila terus diuji dengan masalah baru selain diganggu saudara-mara kerana masuk Islam. Juga disantuni asnaf miskin dan 2 rumah anak-anak yatim. Hulurkan sedekah ikhlas anda hari ini, kurangkan beban mereka yang terbeban akibat kenaikan harga barang. RM20 seorang, sudah cukup untuk beras 5kg.

Jom #BuatBaik!

Laporan Kempen

17 Dec 2023

Alhamdulillah, sebanyak 30 paket beras 10kg telah diagihkan kepada asnaf.

Antara penerima ialah sebuah rumah anak yatim 5 paket dan 25 lagi untuk muallaf dan asnaf miskin.

Disebabkan kesukaran mendapat beras tempatan, kos untuk 30 beras ini amatlah tinggi.

Terima kasih penderma melalui Sumbangan.com antara penyumbang beras ini.

Semakin setiap butir beras itu adalah pahala yang digandakan untuk anda yang telah menyumbangnya.

Rujukan Terkini

Tiada Rujukan Terkini

Belum ada yang merujuk kempen ini

!
Anda merasa kempen mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Senarai Penyumbang

Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM300.00
Oct 19, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Oct 04, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM50.00
Oct 03, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Oct 03, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM25.00
Oct 02, 2023

Kongsi kempen

Whatsapp
Telegram
Lain-lain

Kempen yang mungkin anda berminat

ZIARAH DAN SUMBANGAN SAHABAT OKU SEPANJANG RAMADAN DAN SYAWAL
Kempen Sumbangan Tamat