OKU ASNAF PERLUKAN BANTUAN DAN SOKONGAN

Dimulakan pada:
28 Dec, 2022
OKU ASNAF PERLUKAN BANTUAN DAN SOKONGAN
9.36%
RM655
/RM7,000
34
penyumbang
-
baki hari

Tentang Kempen

Yayasan Amal Maaruf Malaysia merayu orang ramai untuk bersama membantu menghulurkan bantuan untuk golongan OKU asnaf dan miskin agar mereka dapat mengharungi kehidupan dengan baik. Jom bantu mereka!

Assalamualaikum wbt. Di kala kita sedang menikmati kehidupan dengan sempurna, jangan sekali kita lupa bahawa di sana ada golongan yang serba kekurangan. Mereka bukan sahaja kekurangan dari segi wang ringgit malah mereka juga diduga dengan kekurangan anggota badan atau fungsi anggota tubuh badan. Golongan OKU ini ada yang cacat kaki dan tangan, cacat penglihatan, lumpuh dan ada yang menghadapi masalah mental dan sebagainya. Walaubagaimanapun, mereka tetap memerlukan kehidupan seperti insan lain.

Lawatan skuad kami ke beberapa buah rumah penduduk dan pusat jagaan persendirian Orang Kelainan Upaya (OKU) di sekitar negeri Selangor baru-baru ini amat bersimpati dengan nasib mereka. Mereka ini bukan sahaja berstatus OKU malah mereka juga adalah golongan asnaf yang amat memerlukan bantuan dan sokongan masyarakat untuk meneruskan kehidupan. Sesungguhnya mereka ini tidak mampu untuk berkerja seperti insan-insan lain yang sempurna.

Oleh itu, atas rasa simpati terhadap golongan OKU asnaf ini. Maka pihak Yayasan akan menyalurkan bantuan makanan asas kering seperti beras, tepung gandum, minyak masak, garam, gula, biskut dan sebagainya serta sedikit bantuan kewangan untuk mereka. Bantuan ini akan disalurkan kepada 30 orang OKU asnaf yang dijaga oleh keluarga masing-masing dan tiga buah pusat jagaan golongan OKU yang berada di sekitar Selangor dan Lembah Klang.

Justeru itu, pihak Yayasan Amal Maaruf Malaysia mengajak orang ramai untuk bersama-sama menjayakan program ini demi melihat golongan OKU asnaf ini dibantu agar mereka dapat meneruskan kehidupan yang sempurna. Semoga usaha kecil kita ini mendapat ganjaran yang besar dari Allah SWT.

Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang melepaskan satu kesusahan seorang mukmin, pasti Allah akan melepaskan daripadanya satu kesusahan pada hari kiamat. Sesiapa yang menjadikan urusan orang lain mudah, pasti Allah akan memudahkan urusannya di dunia dan di akhirat.”

(HR. Muslim)

Rasulullah SAW juga ada bersabda dalam sebuah hadis yang bermaksud: “Manusia yang paling dicintai oleh Allah adalah yang paling bermanfaat untuk manusia. Dan amalan yang paling dicintai oleh Allah adalah kegembiraan yang engkau masukkan ke dalam hati seorang mukmin atau engkau hilangkan salah satu kesusahannya, atau engkau membayarkan hutangnya, atau engkau hilangkan kelaparannya.” (HR. at-Tabrani)

Jom #BuatBaik!

Laporan Kempen

Tiada perkembangan

Rujukan Terkini

Tiada Rujukan Terkini

Belum ada yang merujuk kempen ini

!
Anda merasa kempen mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Senarai Penyumbang

HAMBA ALLH
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jan 10, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM25.00
Jan 07, 2023
SAZALI MOHD ARIFFIN
Menyumbang sebanyak RM25.00
Jan 07, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jan 04, 2023
NOR AZLIN NORDIN
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jan 03, 2023

Kongsi kempen

Whatsapp
Telegram
Lain-lain

Kempen yang mungkin anda berminat

JOM SEDEKAH BERAS UNTUK WARGA EMAS DAN ASNAF MISKIN
SEDEKAH BERAS BUAT WARGA EMAS DHUAFA
SEDEKAH MAKANAN UNTUK PELAJAR AGAMA DI PELOSOK NEGARA
TABUNG BANGUN KEMBALI TANAH PALESTINE
INFAK PENYEDIAAN KABIN PENGURUSAN JENAZAH BERGERAK
Kempen Sumbangan Tamat